protoncars.myAtyraz • Proton Sales Advisor← Semua Model
X50 rasmi PROTON
BROCHURE RASMI

X50

Nak X50 tapi tak pasti Executive, Premium atau Flagship? Banding harga dan varian, semak brochure rasmi dan tanya Atyraz tentang rebate serta stok semasa.

ExecutivePremiumFlagship
BARU · X50 SPORT EDITION 2026Tempahan kini dibuka untuk Sport Edition berasaskan Flagship dengan 15 enhancement. Harga rasmi SE belum diumumkan. Baca apa yang baru →

Sumber rujukan: laman dan brochure rasmi PROTON / Proton e.MAS.

PANDUAN PEMBELI

Apa yang anda perlu tahu sebelum pilih X50

All-New Proton X50 ialah B-segment SUV yang menekankan prestasi turbo, connectivity dan bantuan pemanduan dalam badan yang masih mudah digunakan di bandar. Enjin i-GT 1.5TD menghasilkan 181 PS dan 290 Nm melalui 7-speed DCT. Tiga varian memberi pilihan berbeza dari segi harga, kemasan dan tahap teknologi.

Update 8 Oktober 2026: PROTON sudah membuka tempahan X50 Sport Edition baharu yang berasaskan Flagship. Lihat artikel X50 Sport Edition 2026 untuk 15 enhancement, status harga dan perkara yang perlu pembeli tahu.

Harga semasa ikut varian

Executive — RM92,214.70Premium — RM104,501.11Flagship — RM116,263.66

Harga ini ialah rujukan semasa di protoncars.my. Jumlah akhir boleh berubah mengikut insurans, rebate, trade-in, kadar bank, warna dan stok. Untuk angka yang tepat hari ini, minta quotation bertarikh daripada Atyraz.

Prestasi & kegunaan harian

X50 menawarkan Steering Mode Selection dan Drive Mode Selection termasuk Adaptive mode pada model semasa. Badan SUV memberi posisi duduk lebih tinggi berbanding S70, sementara enjin 181 PS / 290 Nm mengekalkan karakter responsif untuk memotong dan perjalanan lebuh raya. Perbezaan roda, sunroof dan equipment perlu disemak mengikut varian.

Teknologi, keselamatan & keselesaan

Antara ciri rasmi All-New X50 ialah skrin infotainment 14.6 inci, voice command Bahasa Melayu dan English, wireless Apple CarPlay / Android Auto, PROTON Link 2.0, 360° HD Camera dengan 180° Transparent View serta Auto Park Assist pada varian berkaitan. Suite bantuan pemanduan merangkumi AEB/FCW, ACC Stop & Go, ICC, Lane Keep Assist, Traffic Sign Information, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert dan Door Opening Warning.

Warranty, servis & kos pemilikan

PROTON menyatakan warranty 5 tahun tanpa had perbatuan, data 2GB sebulan selama 5 tahun dan enam kali servis buruh percuma, tertakluk kepada terma. Sebelum booking, semak juga availability warna, unit Flagship, promo bulanan dan insurans kerana ini memberi kesan terus kepada jumlah pembayaran.

X50 sesuai untuk siapa?

X50 sesuai jika anda mahukan SUV kompak untuk bandar tetapi masih mahu kuasa dan teknologi yang biasanya dicari pada model lebih besar. Jika sering membawa barangan atau penumpang keluarga, bandingkan X50 dengan X70; jika anda lebih suka handling sedan dan boot berasingan, bandingkan dengan S70.

Dah berkenan? Semak ansuran, stok & test drive

Dah ada varian dalam fikiran? Gunakan kalkulator ansuran untuk banding 5, 7 dan 9 tahun, buat semakan kelayakan jika perlu, kemudian tanya Atyraz tentang stok, warna, promo dan slot test drive. Anggaran di laman ini bukan kelulusan bank.

Soalan lazim tentang Proton X50

Apakah varian All-New Proton X50?

Rujukan semasa memaparkan Executive, Premium dan Flagship. Harga dan equipment sebenar perlu disahkan dengan brochure serta quotation semasa.

Enjin X50 berapa kuasa?

All-New X50 menggunakan enjin 1.5L Turbo Direct Injection yang menghasilkan 181 PS dan 290 Nm.

Transmisi X50 jenis apa?

X50 menggunakan 7-speed Dual Clutch Transmission. Responsnya berbeza daripada CVT atau torque-converter automatic, jadi test drive dalam trafik bandar sangat berguna.

Berapa lama warranty X50?

PROTON menyenaraikan 5 tahun warranty tanpa had perbatuan untuk X50 di Malaysia, tertakluk kepada terma.

Bila X50 perlu diservis?

Buku servis All-New X50 menetapkan servis berkala setiap 10,000 km atau 6 bulan, yang mana terdahulu.

Adakah X50 mendapat free labour dan data package?

Laman rasmi menyenaraikan 6 kali free labour service dan data package 2GB sebulan selama 5 tahun, tertakluk kepada terma semasa.

Adakah semua X50 mempunyai ADAS yang sama?

Tidak. Fungsi bantuan pemanduan dan kemudahan parking berbeza mengikut varian. Semak brochure dan unit sebenar untuk fungsi yang anda perlukan.

Berapa penggunaan minyak X50 sebenar?

Penggunaan sebenar berubah mengikut trafik, kelajuan, boost turbo, muatan dan gaya pemanduan. Laporan pemilik di forum berguna sebagai konteks tetapi bukan angka rasmi yang dijamin.

Apa yang perlu difahami tentang DCT X50 dalam trafik jem?

DCT mempunyai karakter engagement gear tersendiri ketika creep. Uji gerak perlahan, naik bukit, parking dan stop-go supaya anda tahu sama ada responsnya sesuai dengan gaya pemanduan anda.

Bolehkah X50 diservis di pusat servis PROTON biasa?

Ya, gunakan outlet servis PROTON yang dibenarkan dan ikut jadual buku servis untuk menjaga rekod serta syarat warranty.

Adakah rebate X50 sama untuk semua varian?

Tidak semestinya. Kempen boleh memberi nilai berbeza mengikut varian, stok dan tarikh pendaftaran; sahkan quotation bertarikh sebelum booking.

Apa yang patut diuji semasa test drive X50?

Uji visibility, steering, respons DCT, NVH, ruang belakang, boot, kamera/parking assist dan ADAS pada varian yang anda sasarkan.

Kira Ansuran 5 / 7 / 9 Semak Kelayakan Loan Mulakan Booking

Spesifikasi dan maklumat pemilikan diringkaskan daripada laman model, brochure, kenyataan media atau buku warranty rasmi PROTON / Proton e.MAS. Harga, promosi, stok dan kelengkapan unit sebenar perlu disahkan semasa.